Salam.
Dalam pada ambo meluat gila nak tengok tv3, ada beberapa program di tv kesayangan pemimpin umNo dan puak pencacai songkok tinggi itu yang ambo minati. Majalah 3 umpamanya yang selalunya memaparkan agenda serius dan sgt berinformasi, atau 360 yg dulunya lebih kepada siaran yang serius mengenai pembanterasan jenayah, tetapi selalu juga terbabas bila ada yg sponsor.
Satu lagi rancangan yg ambo minati ialah Bersamamu. Rancangan ini sgt menarik, dan ambo akan selalu meminta supaya isteri dan anak melihat bersama untuk supaya mereka melihat, merasa kepayahan, kesusasahan, kesukaran yang dialami oleh orang lain. Ia sedikit sebanyak menginsafkan kami sehinggakan anak ramaja kami beberapa kali menyumbang dgn jumlah yang sgt minima kepada mangsa. Rupa2nya kita, yang sikit berada ini, jauh lebih baik dr mereka yang kurang bernasib baik, yang hidup mereka kais pagi makan petang, kais petang untuk makan malam.
Ada juga yang kais pagi petang tapi masih tak cukup untuk menampung makan malam mereka sekeluarga.
Ini lumrah hidup. Ini juga yang menjengkelkan ambo bila bercakap mengenai kehidupan di bumi Malaysia yang makmur, kaya dan penuh dgn sumber alam ini.
Semalam Petronas mengumumkan keuntungan melebihi RM90 bilion, satu keuntungan yang sgt besar dan hampir RM30 bilion akan disumbangkan kepada kerajaan pimpinan Najib dalam bentuk cukai. Angka ini membawa makna bahawa Malaysia adalah sebuah negara harmoni, kaya dgn hasil mahsul dari kerak bumi dan mempunyai cukup dana untuk menampung keseluruhan rakyatnya yang hanya berjumlah 26 juta ini.
Tetapi ambo kurang faham apabila setiap minggu, rancangan kegemaran ambo di tv3 itu memaparkan tentang kesusahan, keperitan, kesakitan dan penderitaan serta susahnya perjuangan untuk sesuap nasi yang dialami oleh sebahagian rakyat di negara kita, tak kira sama ada jauh terperuk di pedalaman atau bertenggek di tengah-tengah kota atau bandar besar.
Dua minggu lepas rancangan itu memaparkan penderitaan dan perjuangan hanya untuk sekilo beras seorang ibu di kawasan dato zahid hamidi. Pelik ambo. Ini kawasan menteri paling kanan dalam hirerki najib. Menteri paling banyak mendapat undi malah diletakkan di portfolio paling kanan dalam kabinet, dan dikatakan antara menteri yang paling banyak balik kampung melawat kawasan.
Seharusnya dato seri dr zahid hamidi, atau pegawai-pegawainya, atau balaci-balacinya tidak terlepas pandang perkara serius begini. Takkan la setiap kali balik kawasan hanya pergi merasmikan program umNo dan kemudian berhuhahuha makan minum dan lupa nak berjalan kaki mendengar keluh kelah rakyat jelata. Rakyat perlukan perhatian, pembelaan dan secubit salam sudah cukup untuk meredakan kesakitan sekian lama.
Hairan ambo, najib selalu berkata, ekonomi negara ini cukup mantap, mempunyai kadar KDNK yg hebat dan kadar kemiskinan yang hampir sifar. Mengikut kefahaman ambo, tentulah negara ini tidak ada kemiskinan, semuanya bergerak atas landasan kesenangan dan hampir semua rakyat jelata di negara ini menikmati keseronokan dgn kadar kehidupan yg menyenangkan, membahagiakan.
Tetapi itu firasat ambo. Tetapi yang ambo terkejut ialah apabila rancangan itu memberitahu bahawa ibu ini berjuang untuk hanya mendapatkan RM5 sehari, untuk menampung anak-anak, menyuap nasi dan membeli segala keperluan dapur yang diperlukan.
Terkedu ambo. Isteri ambo tak terkata apa-apa. Anak ambo capai pen tulis nombor akaun mangsa. MasyaAllah. Masih ada rupanya di negara kita yang harmoni, kaya raya ini, manusia yang berjuang untuk hanya RM5 sehari dan dengan wang itu jugalah segala keperluan dapur hendak dibeli.
Najib tengokkah program tv3 kebanggaan dia ni? Najib tahukah bahawa masih ada rakyatnya yang menangis siang malam hanya untuk sesuap nasi? Rosmah bini najib tu tahukah bahawa masih ada manusia yang hidup bukan setakat di bawah paras kemiskinan tetapi kedaifan yang tidak ada penghujungnya ini, di bumi Malaysia ini, di bumi di bawah pemerintahan laki kesayangannya, najib anak Razak itu? Menteri umNo tahukah bahawa di Bagan Datoh itu masih ada rakyatnya yang merintih siang malam untuk sekilo beras?
Persoalan ini menjadikan ambo emosi. Dalam keadaan kesemua keperluan harian melambung tinggi sejak akhir-akhir ini, ambo terfikir, bagaimanakah ibu ini mendepani kehidupannya untuk hidup. Atau apakah umNo, parti haram jadah yang dianggotai para penipu, penyangak dan perompak hasil negara itu akan menjadikan ibu itu seorang lagi mangsanya, gara-gara kerakusan untuk terus bermaharajalela.
Subhanallah. Allah itu Maha Besar. Semoga najib dan rosmah tidak pekak badak, semoga semua menteri dalam kabinet najib juga tidak pekak badak dan semoga semua semua hasil negara yang diamanahkan oleh rakyat untuk najib tadbir berjaya diagihkan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment