Saturday, 9 July 2011

Bersih dan kotor

Salam.

Akhirnya BERSIH berjaya dilaksanakan dgn sangat sempurna, di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, dihadiri oleh berpuluh ribu manusia yg cintakan keamanan, yg mengharapkan kerajaan mendengar rintihan sekian lama hampir semua manusia mengenai pilihanraya. Memorandum BERSIH yg merangkumi 8 perkara itu hanya bercakap mengenai pilihanraya yg adil, telus dan tidak terdapat mana2 perkataan di dalamnya berkenaan perletakan jawatan PM sekarang, Najib Razak.

Tapi itulah yg ditakuti oleh regim Najib, Rosmah. Ambo pun hairan, bagaimana Najib yg memiliki sebuah 'kera'jaan yg hebat, ditunjangi oleh sebuah pasukan polis yg sgt patuh dan sanggup berbuat apa sahaja demi menurut perintah seorang PM, begitu ketakutan dgn rakyatnya sehingga mengambil langkah2 yg sgt melucukan, menggunakan segala jentera kerajaan termasuk akhbar dan TV dalam usaha menipu rakyat bahawa BERSIH adalah kotor dan haram.

Tetapi rakyat yang dikatakan berjaya didakyahkan, diperdayakan itu akhirnya muncul di jalanraya walaupun di tengah2 kekalutan dan sekatan yg dikenakan di sepanjang jalan. Ambo berdiri di tengah2 jeritan manusia tanpa mengira kaum, menjerit BERSIH...BERSIH...BERSIH...supaya jeritan ini didengari oleh kerajaan, terutama Najib yg dikatakan melarikan diri ke luar KL semalam.

Hairan, manusia BERSIH semalam bukanlah manusia Melayu sahaja, spt yg dimomokkan oleh tv3 dan Utusan gila itu. Di kiri dan kanan ambo adalah manusia berbangsa Cina dan India dr pelbagai jarak usia, malah ada yg bertongkat kerana faktor kecacatan. Inilah semangat yg jarang ambo saksikan, semangat untuk merealisasikan hasrat sebahagian besar rakyat negara ini yg cintakan sebuah kerajaan yg bersih dan tidak menipu dalam pilihanraya.

Dan seperti yg diduga, polis yg tidak pernah berkrompromi dgn BERSIH sejak awal mengambil langkah ke belakang, menggunakan semburan water cannon dan menembak peluru gas pemedih mata ke arah BERSIH yg rata2nya berhimpun secara aman dan tidak sedikitpun mencetuskan kekacauan itu. Ramailah yg bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ramai juga yg cedera, termasuk pemimpin kanan BERSIH. Anwar Ibrahim dan pengawal peribadainya turut cedera malah mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Seorang BERSIH disahkan meninggal dunia di hospital akibat tembakan gas pemedih mata ini.

Lebih 1400 orang ditangkap, dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan, termasuklah Hj Hadi dan pemimpin kanan Pakatan.

Najib lewat malam tadi memberikan reaksi, bahawa BERSIH gagal dlm usaha mereka menggulingkan 'kera'jaan. Komen yg selalunya nampak tempang dan gila babi ini menyerang pemikiran seorang Perdana Menteri yg semakin hilang kewarasannya berdepan dgn rakyat. BERSIH dihidupkan bukanlah untuk meminta supaya beliau meletakkan jawatan. Tujuan BERSIH hanyalah untuk mendesak supaya pilihanraya dilakukan secara sempurna tanpa penipuan. BERSIH hanya meminta supaya 'kera'jaan telus dan tidak menggunakan pelbagai kaedah untuk menipu dalam pilihanraya dan juga supaya SPR yg dikatakan sebagai berkecuali itu benar2 dapat menjalankan tanggungjawabnya secara berkecuali dan tidak berpihak.

Apalah yg ditakutkan oleh seorang Perdana Menteri jika itulah sahaja permintaan rakyat. Kenapa takut untuk melakukan kebersihan jika hanya itulah sahaja yg rakyat laungkan. Apakah selama ini BN UmNgok ialah sebuah parti yg benar2 berdiri sebagai sebuah kerajaan yg kerjanya menipu rakyat, memanipulasi isu dan apabila BERSIH melaungkan kebersihan, maka BN UmNgok terasa goyah, takut dan mula ketar lutut?

Sebagai seorang PM, Najib seharusnya gentleman. Seorang PM yg takut tidak layak mewakili negara menjadi PM. PM sebegini dipanggil pondan. Pondan bukanlah ikon yg sesuai utk PM, tetapi sikapnya yg sering berdolak dalik, menipu, menyalahgunakan kuasa dan penakut memang layak untuk panggilan itu. Apa lagi apabila mengunakan jentera polis untuk menakutkan rakyat, menyembur water cannon, menembak gas pemedih mata dan membelasah rakyat yg tidak bersenjata.

Rakyat berhimpun sebab mereka tidak puas hati. Apatah lagi perhimpunan secara aman dijamin oleh perlembagaan. Ia adalah hak yg termaktub dan menjadi asas dalam hak asasi manusia. Islam pun membenarkan perbezaan pendapat, perhimpunan. Takkan Najib seorang pemimpin negara Islam tidak tahu hal ehwal Islam ini. Takkan Najib seorang pemimpin besar dan selalu melakukan lawatan ke negara luar tidak tahu bahawa perhimpunan di negara luar selalunya mendapat kerjasama yg baik oleh pihak berkuasa yg membantu mengaturkan perhimpunan supaya ianya berlangsung dlm keadaan aman dan sempurna.

Tetapi anehnya Najib tidak begitu. Najib bertindak sebaliknya, mengarahkan supaya polis tidak meluluskan permit perhimpunan, menggunakan gas pemedih mata untuk mencederakan rakyat dan membelasah serta menangkap serta membawa menahan mereka di lokap.

Dan yg paling hebatnya, BERSIH yg tujuannya amat bersih itu dilabel sebagai kotor, haram. Maka jadilah ia perhimpunan kotor dan haram dan polis yg bertindak menyembur water cannon, menembak gas pemedih mata, membelasah rakyat dan menangkap mereka itu dikategorikan sebagai tindakan sah dan wajar. KPN dalam usahanya mempertahankan kredibiliti polis berkata, ia adalah tindakan pencegahan yg wajar dilakukan untuk mengelakkan negara berada dalam huruhara.

Siapa yg besih dan siapa yg kotor di sini. Apakah rakyat yg hanya meminta supaya pilihanraya diadakan dgn sempurna tanpa unsur penipuan itu yg kotor atau polis yg membabibuta dalam tindakan mereka? Atau apakah Najib yg bertindak seperti seorang Perdana Menteri yg pondan itu yg kotor apabila takut untuk berdepan dgn rakyat dan memilih untuk menggunakan segala jentera 'kera'jaan dalam usahanya mematahkan kebangkitan rakyat yg semakin cerdik ini.

Kita tunggu apakah tindakan Najib selanjutnya. Untuk makluman, rakyat tidaklah sebodoh spt anggapan beliau. Rakyat sudah jauh lebih cerdik dari para pemimpin BN UmNgok. Cuma pemimpin tidak boleh menerima hakikat ini. Rakyat sudah tidak melihat tv3, tidak membaca Utusan Gila. Rakyat sebenarnya banyak bergantung kepada internet yg mempunyai medium lebih bebas dan tidak menipu. Itulah hakikatnya yg Najib dan pemimpin BN UmNgok kena terima.

Sementara itu tekak dan mata ambo masih terasa perit kerana terkena gas pemedih mata.
Dan ambo akan tuntut kekejaman BN UmNgok dan polis ini sampai bila-bila, insyaAllah.

Salam.

Thursday, 30 June 2011

KETAHUI HAK ANDA APABILA DITAHAN OLEH POLIS

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam,

Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna:

• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.

• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.

• Putih: Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu:

• menjawab "ya";

• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau

• menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).

• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.

• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.

• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.

• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.

• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.

• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.

• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau

2. Seorang peguam.

Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;

• masa, tempat dan alasan ditangkap;

• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau

• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau

• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;

• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;

• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;

• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;

• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;

• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.

• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.

• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:

1. Bantah;

2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan

3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.

• Anda ditangkap.

• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda

• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.

• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.

• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428

• Negeri Sembilan : 06-6013 844

• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

• Johor : 07-2235 698

• Perak : 05-2550 523

• Kedah & Perlis : 04-7333 467

• Kelantan : 04-7448 660

• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

• Pulau Pinang : 04-2617 451/

Saturday, 11 June 2011

Surat Terbuka Bekas SAC II Mat Zin Ibrahim kepada PM Mengenai Peranan Peguam Negara Dlm Skandal MAS

Mat Zain bin Ibrahim,
10hb.Jun 2011.
Kepada;
YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan                              Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.
Assalamualaikum wbt.
1.         Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.
2.         Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.
3.         Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh  bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.
4.         Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.
5.         Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.
6.         Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.
7.         Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat  antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.
8.         Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.
9.         Siapa Shahidan,apa hubungan beliau dengan TRI  dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.
10.       Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.
11.       Persoalannya ialah adakah wajar,Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri.Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.
12.       Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.
13.       Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail.Sama ada sebagai seorang Peguam Negara,sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat.Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat,maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.
14.       Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempuyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan.Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu.Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengistiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.
15.       Walaubagaimanapun perkara yang ,menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.
15.1.   Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.
15.2.   Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.
16.       Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996.Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti.Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama.Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.
16.1.   Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.
17.       Boleh dikatakan  tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;
17.1.   Beberapa orang Menteri Kanan  dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.
17.2.   Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.
17.3.   Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.
17.4.   Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994.Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar,Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta.Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.
18.       Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu,peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini.Mungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.
19.       Dalam tempuh 1994 hingga 1996 itu juga,Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.
20.       Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.
21.       Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.
22.       Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.
Selamat sejahtera.Wassalam.
Terima kasih,
Yang benar,
(MAT ZAIN IBRAHIM)
10.6.2011.

0

The black list of Taib Mahmud secret foreign assets

EXCLUSIVE: The black list of Taib’s secret foreign assets
The following companies are, or have been, closely linked to the family of Abdul Taib Mahmud
("Taib"), who has been Chief Minister of Sarawak, Malaysia, since 1981.
Taib's ill-gotten foreign and domestic assets are estimated to be worth hundreds of millions, if
not billions, of US dollars.
The Bruno Manser Fund and thousands of supporters around the globe are urging the authorities of
the below-mentioned countries to investigate the financial transactions of the black-listed
companies under their respective anti-corruption and anti-money-laundering legislations and to
freeze all Taib family assets for later restitution to the people of Sarawak.
Australia: Australian Universities International Alumni Convention Pty Ltd (ACN: 081942903);
Donmastry Pty Ltd (ACN: 093 907 843); Geneid Holdings Pty Ltd (ACN: 087759751); Golborne
Pty Ltd. (ACN: 061844148); Golden Sovereign Development Ltd (ACN 103 925 613); Kesuma
Holdings Pty Ltd. (ACN 105540636); Newtop Holdings Pty Ltd (ACN: 066588225); Ostgro
Australia Pty Ltd (ACN: 094721070); Sitehost Pty Ltd (ACN: 062312743); Valentine on George
Pty Ltd (ACN: 105541562)
British Virgin Islands: Astar Properties Ltd. (201522); CMS Global (BVI) Ltd.; Tess Investments
Ltd (203511)
Canada: Adelaide Ottawa Corporation (2028546); City Gate International Corporation (446027-8);
Glowell Development Corporation (1545868); Preston Building Holding Corporation (2108122),
Sakto Development Corporation Pte. Ltd. (155207-4), Sakto Corporation (340439-1), Sakto
Management Services Corporation (655948-4), Tower One Holding Corporation (2028542), Tower
Two Holding Corporation (2018543)
Hong Kong: Grand Shine Trading Ltd (0127665); Grand Will Ltd (0133932); Herolite Investment
Ltd (129119); Natalite Investment Ltd (129502); Regent Star Company Ltd (0130318); Richfold
Investment Ltd (0130308); Whittaker Company Ltd (0161304)
Jersey: Sogo Holdings Ltd (43148)
Malaysia: Achi Jaya Holdings Sdn Bhd; Borsarmulu Resort Sdn Bhd (213014-M); Cahya Mata
Sarawak Sdn Bhd (21076-T); K&N Kenanga Holdings Bhd; Kumpulan Parabena Sdn Bhd; Mesti
Bersatu Sdn Bhd (758849-V); Naim Holdings Berhad (585467-M); Sanyan Group; Sarawak
Aluminium Company (783974-K); Sarawak Energy Bhd.; Ta Ann Group; Titanium Management
Sdn Bhd; UBG Berhad (240931-X)
United Kingdom: Ridgeford Consulting Ltd (5572163); Ridgeford Properties Ltd (3268801)
USA: Sakti International Corporation Inc.; Wallysons Inc (the owner of the FBI building in
Seattle!); W.A. Boylston Inc; W.A.Everett Inc.

Friday, 10 June 2011

Memorandum Rakyat Kelantan Menuntut Hak Yang Dinafikan Najib

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
MEMORANDUM JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) MENGENAI ISU PEMBAYARAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri;
Dengan hormatnya ini adalah MEMORANDUM  kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia berkait dengan isu pembayaran Royalti Minyak Negeri Kelantan.Bahawa isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.
Bahawa semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum 1974 oleh Tun Abdul Rahaman Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak seperti hansard Dewan Rakyat bertarikh 24 November 1974 muka surat 2371 yang menyatakan;
“Saya juga sukacita melihat dalam Fasal 2 bahawa hak untuk mengeluarkan pemberian hak-hak seperti terkandung dalam Jadual terserah kepada Kerajaan yang mempunyai kuasa kepada kawasan yang berkenaan. Bagi pihak kerajaan Negeri Sarawak saya ingin menyatakan bahawa kita berpendapat adalah menjadi hak Negeri Sarawak mempunyai kuasa di bawah Seksyen 2 tadi mengeluarkan pemberian hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan berkenaan dengan Petroleum seperti terdapat dalam Jadual Undang-undang ini meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf. Saya sungguh gembira ada tersebut dalam Rang Undang-undang ini iaitu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan. Dengan cara begini maka Kerajaan Negeri berkenaan akan dapat sedikit wang, walaupun tak banyak yang boleh digunakan dalam pentadbiran negeri dan juga dalam pembangunan”.
Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri ayahanda Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, YAB Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami YAB Dato’ Seri;
“Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”
Bahawa Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 telah mengesahkan pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.
Bahawa berdasarkan kepada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahaman Ya’kub, adalah sewajarnya difahami sebagaimana berikut:-
1) Tidak ada had 3 batu nautika seperti yang dihujahkan oleh pemimpin Kerajaan Pusat sekarang.
2) Offshore sesuatu negeri tidak tertakluk kepada 3 batu nautika bahkan meliputi continental shelf.
3) Bayaran tunai tersebut dibayar kepada Kerajaan Negeri dan tidak dibayar kepada mana-mana pihak yang lain atas apa jua alasan.
4) Akta ini mengakui hak ke atas petroleum adalah hak Kerajaan Negeri yang akan diserahkan kepada Petronas dengan timbal balas bayaran tunai.
Maka adalah kami JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) dengan ini telah mengambil resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara-perkara yang berikut:-
Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji untuk membayar Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana hak yang telah termaktub dalam perjanjian.
Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji pengembalian hak Wang Royalti Kerajaan Negeri Kelantan sama seperti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan pembayaran Wang Royalti secara “cash payment” dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Memorandum ini bertarikh 31hb Mei 2011
…………………………
Haji Apandi Mohamad
Pengerusi Royalti Kelantan

Surat Penolakan Hukum Hudud oleh Mahathir kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Thursday, 9 June 2011

Bersamamu tv3 dan PM yg pekak badak

Salam.

Dalam pada ambo meluat gila nak tengok tv3, ada beberapa program di tv kesayangan pemimpin umNo dan puak pencacai songkok tinggi itu yang ambo minati. Majalah 3 umpamanya yang selalunya memaparkan agenda serius dan sgt berinformasi, atau 360 yg dulunya lebih kepada siaran yang serius mengenai pembanterasan jenayah, tetapi selalu juga terbabas bila ada yg sponsor.

Satu lagi rancangan yg ambo minati ialah Bersamamu. Rancangan ini sgt menarik, dan ambo akan selalu meminta supaya isteri dan anak melihat bersama untuk supaya mereka melihat, merasa kepayahan, kesusasahan, kesukaran yang dialami oleh orang lain. Ia sedikit sebanyak menginsafkan kami sehinggakan anak ramaja kami beberapa kali menyumbang dgn jumlah yang sgt minima kepada mangsa. Rupa2nya kita, yang sikit berada ini, jauh lebih baik dr mereka yang kurang bernasib baik, yang hidup mereka kais pagi makan petang, kais petang untuk makan malam.

Ada juga yang kais pagi petang tapi masih tak cukup untuk menampung makan malam mereka sekeluarga.

Ini lumrah hidup. Ini juga yang menjengkelkan ambo bila bercakap mengenai kehidupan di bumi Malaysia yang makmur, kaya dan penuh dgn sumber alam ini.

Semalam Petronas mengumumkan keuntungan melebihi RM90 bilion, satu keuntungan yang sgt besar dan hampir RM30 bilion akan disumbangkan kepada kerajaan pimpinan Najib dalam bentuk cukai. Angka ini membawa makna bahawa Malaysia adalah sebuah negara harmoni, kaya dgn hasil mahsul dari kerak bumi dan mempunyai cukup dana untuk menampung keseluruhan rakyatnya yang hanya berjumlah 26 juta ini.

Tetapi ambo kurang faham apabila setiap minggu, rancangan kegemaran ambo di tv3 itu memaparkan tentang kesusahan, keperitan, kesakitan dan penderitaan serta susahnya perjuangan untuk sesuap nasi yang dialami oleh sebahagian rakyat di negara kita, tak  kira sama ada jauh terperuk di pedalaman atau bertenggek di tengah-tengah kota atau bandar besar.

Dua minggu lepas rancangan itu memaparkan penderitaan dan perjuangan hanya untuk sekilo beras seorang ibu di kawasan dato zahid hamidi. Pelik ambo. Ini kawasan menteri paling kanan dalam hirerki najib. Menteri paling banyak mendapat undi malah diletakkan di portfolio paling kanan dalam kabinet, dan dikatakan antara menteri yang paling banyak balik kampung melawat kawasan.

Seharusnya dato seri dr zahid hamidi, atau pegawai-pegawainya, atau balaci-balacinya tidak terlepas pandang  perkara serius begini. Takkan la setiap kali balik kawasan hanya pergi merasmikan program umNo dan kemudian berhuhahuha makan minum dan lupa nak berjalan kaki mendengar keluh kelah rakyat jelata. Rakyat perlukan perhatian, pembelaan dan secubit salam sudah cukup untuk meredakan kesakitan sekian lama.

Hairan ambo, najib selalu berkata, ekonomi negara ini cukup mantap, mempunyai kadar KDNK yg hebat dan kadar kemiskinan yang hampir sifar. Mengikut kefahaman ambo, tentulah negara ini tidak ada kemiskinan, semuanya bergerak atas landasan kesenangan dan hampir semua rakyat jelata di negara ini menikmati keseronokan dgn kadar kehidupan yg menyenangkan, membahagiakan.

Tetapi itu firasat ambo. Tetapi yang ambo terkejut ialah apabila rancangan itu memberitahu bahawa ibu ini berjuang untuk hanya mendapatkan RM5 sehari, untuk menampung anak-anak, menyuap nasi dan membeli segala keperluan dapur yang diperlukan.

Terkedu ambo. Isteri ambo tak terkata apa-apa. Anak ambo capai pen tulis nombor akaun mangsa. MasyaAllah. Masih ada rupanya di negara kita yang harmoni, kaya raya ini, manusia yang berjuang untuk hanya RM5 sehari dan dengan wang itu jugalah segala keperluan dapur hendak dibeli.

Najib tengokkah program tv3 kebanggaan dia ni? Najib tahukah bahawa masih ada rakyatnya yang menangis siang malam hanya untuk sesuap nasi? Rosmah bini najib tu tahukah bahawa masih ada manusia yang hidup bukan setakat di bawah paras kemiskinan tetapi kedaifan yang tidak ada penghujungnya ini, di bumi Malaysia ini, di bumi di bawah pemerintahan laki kesayangannya, najib anak Razak itu? Menteri umNo tahukah bahawa di Bagan Datoh itu masih ada rakyatnya yang merintih siang malam untuk sekilo beras?

Persoalan ini menjadikan ambo emosi. Dalam keadaan kesemua keperluan harian melambung tinggi sejak akhir-akhir ini, ambo terfikir, bagaimanakah ibu ini mendepani kehidupannya untuk hidup. Atau apakah umNo, parti haram jadah yang dianggotai para penipu, penyangak dan perompak hasil negara itu akan menjadikan ibu itu seorang lagi mangsanya, gara-gara kerakusan untuk terus bermaharajalela.

Subhanallah. Allah itu Maha Besar. Semoga najib dan rosmah tidak pekak badak, semoga semua menteri dalam kabinet najib juga tidak pekak badak dan semoga semua semua hasil negara yang diamanahkan oleh rakyat untuk najib tadbir berjaya diagihkan dengan sempurna.

Tuesday, 7 June 2011

nyanyuk seorang bekas perdana menteri

Salam.

Sebagai anak jati Kelantan (dilahirkan, dibesarkan, mendapat pendidikan dan hirup udara masyarakat miskin kampung yg hanya menjadikan pokok getah sebagai sumber hidup), tentulah ambo memilih untuk bercakap mengenai negeri kebanggaan ambo ini.

Tetapi tidak la pulak secara khusus ambo nak bercakap mengenai negeri ambo ini, tetapi terbias ke arah lain, iaitu soal bekas perdana menteri, tun mahathir yg tidak pernah mengendurkan suaranya mengecam PAS, atau tokguru kesayangan ambo, Nik Aziz atau sesiapa juga yg berada di bawah payung pakatan.

Mudah sahaja bahasa yg ambo nak tujukan kepada tun itu, iaitu darjah kenyanyukan sudah berada di tahap tidak boleh dikawal sama sekali. Bermakna kalau barah, ia sudah tahap kronik dan tidak ada ubat lagi melainkan kematian.

Begitulah tun yg disanjung tinggi oleh pencacai songkok tinggi dan utusan meloya itu.

Kali ini tun yg sudah berada di tahap gaban itu komen lagi, mengenai kununnya yg menang dan bergembira sakan dalam pemilihan PAS tempoh hari ialah Karpal Singh. Kununnya Karpal melompat kegembiraan kerana hasrat PAS untuk melihat kemunculan negara Islam dan undang2 hudud di negara ini terbantut apabila golongan ulama dikatakan kalah dlm pemilihan baru2 ni.

Sebab itu tun dikatakan nyanyuk. Tun lupa bahawa dialah manusia yg bertanggungjawab 100% terhadap terbantutnya usaha kerajaan Kelantan ingin membawa hukum hudud itu menjadi teras pentadbiran kerajaan Kelantan dulu. Tun yg nyanyuk ini juga lupa bahawa dialah manusia yg menjadi juara menakut-nakutkan rakyat Malaysia dgn ayat sinisnya bahawa akan ramailah manusia kudung tangan dan jari apabila hudud dilaksanakan di Kelantan itu.

Dan Kelantan, negeri yg berjaya kekal diperintah dgn jayanya oleh tokguru selama 20 tahun ini akhirnya perlahan-lahan lahir sebagai sebuah negeri yg mampu bersaing dgn negeri lain, membiayai infrastrukturnya sendiri dgn semakin baik dan sempurna, menaiktaraf perkhidmatan dan hari ini, sesiapa yg berkunjung ke Kelantan semasa cuti sekolah akan mengeluh kerana kebanyakan jalanraya sudah sesak dgn kebanjiran kenderaan yg datang ke Kelantan semata2 untuk melihat kehebatan sosiobudaya negeri ini.

Dan tun yg nyanyuk itu masih juga tak sedar2 lagi. Semakin hari semakin nyanyuk. Semakin usianya bertambah, nyanyuknya juga bertambah. Hairan, tun yg beberapa kali dimasukkan ke IJn itu rupa2nya masih tak insaf, bahawa dia sudah berada di ambang kematian, dan umurnya itu sebenarnya merupakan satu bonus yg jarang dinikmati oleh orang lain. Benar, usia bukanlah pengukur dan di zaman ini, sesiapa jua tanpa mengira tua muda boleh mati apabila dijemput olehNya. Tetapi tun seharusnya lebih mengerti bahawa dia seharusnya memanfaatkan usianya itu untuk tujuan kebajikan, berada di masjid, menadah tangan memohon keampunan di atas kesilapan2 yg dilakukan semasa dia mengepalai pemerintahan suatu ketika dulu.

Tetapi ia tidak berlaku pada tun ini. Tun ini hanya tahu memperbodohkan manusia, mengencam tokguru, PAS serta pakatan. Busuk hatinya terhadap manusia yg ingin menegakkan Islam terlalu tinggi. Seboleh2nya tun ingin melihat bahawa manusia2 yg berjuang untuk Islam ini akan mati sembrono, dikategorikan sebagai penjenayah dan dilabelkan sebagai ahli neraka.

Subhanallah. Allah itu Maha Tahu. Dia sahaja yg tahu apa perancanganNya. Semoga benarlah doaku supaya tun ini diberikan umur yg panjang dan sempat melihat dgn mata kepala dia sendiri saat kejatuhan umNO, parti  yg dipenuhi oleh penyangak, perompak hasil negara dan penipu.

SALAM DARI CUCU CICIT TOK KENALI

Titip Salam Sejuta Rasa

waktunya menikmati hari
sambil membaca gerangan
dia di balik senyum simpul
dia takjubnya binar mata
bolehlah kau pinang kini
sekejap dermaga canda
agar terhibur letih hati
agar lepas segenap rasa
esok belum tentu sama
belum tentu kau jumpa
dan inilah sketsa hari ceria
berbunga kesan sejuta rasa
nikmatilah sedikit adanya.